Tuesday, 2 January 2018

Pspm Result

9 DISEMBER, 2017
·         Hari ini merupakan hari aku kembali ke Kolej Matrikulaski Labuan selepas 2 minggu lebih bercuti sempena cuti semester 1. Hari bermula persekolah kami ialah pada 11 Disember pada hari isnin tetapi kau balik ke KML awal kerana untuk mengemas bilik dan barang2.
·         Pada hari persekolahan semua pelajar kelihatan gembira dan bersemangat sempena semester 2 dan berjumpa semula rakan2 yang dikenali pada semester 1. Semasa dalam kelas semua lecterure menceritakan tentang keputusan yang akan kmi ambil pada tarikh 28 Disember nanti. Ada lecterure yang memberi semangat ada lecterure yg memainkan perasaan kami

28 DISEMBER, 2017
·         Hari ini merupakan hari yang di tunggu2 oleh setiap pelajar KML kerana hari ini merupakan hari dimana pelajar KML akan mengambil keputusan PSPM masing2 pada jam 2.30 di Dewan Mutiara. Pada awal pagi kelas berjalan seperti biasa. Tetapi masuk sahaja kelas Fizik lecterure kami mula mempermaikan kami dengan mengatakan bahawa kelas kami akan terdapat 2 orang yang akan meninggalkan KML ini sebab pinter dibawah 2.00. Kami sekelas berasa agak takut dan berfikir siapakah orang yg dimaksudkan oleh lecterure kami tdi

·         Tepat jam 2.30 p.m. semua pelajar KML berkumpul di Dewan Mutiara untuk mendengar sedikit taklimat dari pengarah KML berkenaan statistik PSPM semester 1. Semua pelajar berasa gementar dan berdebar debar serta memikirkan keputusan yang bakal mereka perolehi nanti. Selepas beberapa minit ucapan Tuan Pengarah pun telah selesai dan pelajar boleh pergi ke meja tempat mengambil keputusan masing2 untuk mengambil keputusan mereka.
·         Aku sedikit kelwatan pergi ke tempat mengambil keputusan tersebut kerana waktu berkumpul aku duduk berjauhan dgn meja tersebut. Waktu aku pergi ke sana telah ramai pelajar bebaris untuk m engambil keputusan, aku pun bersabar untuk mengambil keputusan itu dengan keluar sekejap dari dewan tersebut. Aku melihat ramai pelajar kelihatan gembira da nada yang hanya bermuka ketat sahaja. Aku berjumpa rakan ku yang bernama Alizam(bukan nama sebenar) dan menyanya tentang keputusannya. Dia mendapat ponter CGPA 3.57.
·         Selepas beberapa minit aku pun masuk semula ke dalam dewan lalu berbaris kerana pelajar yang tinggal tdk lah sebanyak yang tadi. Setelah sampai waktu aku mengambil keputusan, aku berasa berdebar-debar dan yang memberi keputusan tersebut ialah lecterure math ku iaitu miss Syam(bukan nama sebenar). Sebelum beliau memberi aku keputusan ku dia berkata “tambahkan usaha lagi ya Akbar”. Selepas itu dia memberikan keputusan ku.

·         Selepas membelakangi lecterure tersebut, aku pun melihat keputusan ku dan berasa sedikit kecewa kerana hanya mendapat pointer CGPA sebanyak 3.08 sahaja. Mathematic ku hanya mendapat B+, Chemistry C, Phisics B+ dan SC COMP A-. Aku merasa kecewa kerana apa yang aku impikan tidak tercapai. Aku berazam untuk lebihkan usaha pada sem 2 ni agar dapat mencantikkan keputusan ku sebelum ini. Doakan aku berjaya pada sem 2 ini.


No comments:

Post a Comment

Pspm Result 9 DISEMBER, 2017 ·          Hari ini merupakan hari aku kembali ke Kolej Matrikulaski Labuan selepas 2 minggu lebih ber...