Tuesday, 2 January 2018

My Journey to Tenom

SEPTEMBER, 2011

u    Pada tahun ini semua murid yang berumur 12 tahun akan menduduki peperiksan UPSR kerana pada tahun ini mereka berada pada darjah 6. Setelah beberapa minggu menduduki peperiksaan tersebut guru-guru di sekolah kami bercadang hendak mengadakan aktiviti lawatan ke Taman Pertanian yang terletak di Tenom, Sabah.

u    Setelah guru-guru di sekolah kami bermesyuarat, dengan sebulat kata mereka aktiviti yg dicadangkan tadi telah dipersetujui untuk diadakan. Lalu surat pemberitahuan dan borang kebenaran diberikan kepada semua murid tahun 6 untuk diberikan kepada ibubapa mereka. Yuran sebanyak RM30 harus disertakan dengan borang kebenaran ibubapa bagi pelajar yg ingin mengikuti aktiviti tersebut.

u    Hari yg ditunggu-tunggu telah tiba dimana aktiviti lawatan akan diadakan. Aku berserta semua rakan-rakan ku telah tiba di sekolah awal pagi untuk perjalanan lawatan kami. Tepat pada jam 7 pagi, 2 buah bas ekspress tiba di depan sekolah kami yg mana bas tersebut yg akan menghantar kami ke tempat yg ingin dituju. Setelah semua murid menaiki bas tersebut, maka mulalah perjalanan lawatan kami.

u    Setelah sejam lebih kami berada dalam bas, akhirnya kami semua selamat sampai ke destinasi yang hendak ditujui iaitu Taman Pertanian Sabah. Setelah turun dari bas, guru-guru kami pergi ke kaunter untuk membeli tiket masuk ke taman tersebut untuk kami semua. Setelah tiket untuk semua murid dan guru dibeli, kami pun mula menjejaki msuk ke dalam taman tersebut. Setelah masuk alangkah terkejutnya apabila nampak kawasan taman tersebut yang sangat luas kerana apabila dilihat dari kawasan masuk tdi nampak seperti kecil.

u    Setelah memasuki taman tersebut, kami dibenarkan untuk berjalan2 di kawasan tersebut dengan keizinan guru pengiring kami. Tanpa membuang masa kami pergi ke tempat bahagia penyewaan basikal, lalu kami menyewa basikal untuk digunakan berjalan2 di kawasan tersebut. Alangkah indahnya permandangan di kawasan tersebut sehingga kami tdk merasa penat mengayuh basikal selama berjam jam lamanya. Menjelang tengah hari kami pun pergi ke kawasan tempat kami berkumpul tadi untuk makan tengah hari. Sebelum itu kami pergi ke menyembunyikan basikal kami agar tidak diambil oleh pemilik basikal tersebut.

u    Setelah makan aku pun pergi sambung bermain basikal bersama sama teman sambil menikmati pemandangan di taman tersebut. Akhirnya setelah beberapa jam ketua guru pengiring kami mengarah kan untuk semua murid berkumpul kerana aktiviti lawatan di taman tersebut telah taman. Setelah semua murid telah diambil kehadirannya kami pun menaiki bas untuk pergi ke destinasi seterusnya.

u    Setelah sampai ke destinasi seterusnya iaitu Rumah Kebudayaan orang Murut di Tenom, kami pun turun dari bas dan berkumpul semula untuk diberi sedikit taklimat oleh ketua guru pengiring kami. Akhirnya kami diberi kebenaran untuk melihat kawasan rumah tersebut. Disana terdapat banyak alatan2 tradisional orang Murut seperti tajau, perang, baju dan banyak lagi. Terdapat juga rumah untuk permainan tradisional mereka iaitu “lansarat”. Setelah sejam lebih kami pun disuruh untuk berkumpul semula kerana aktiviti lawatan kami telah berakhir.


u    Pada jam 4 petang semua murid telah naik ke atas bas untuk pulang ke sekolah kami. Semua pelajar kelihatan gembira dan sedikit keletihan. Setelah sejam lebih akhirnya kami tiba di sekolah kami dan semua murid turun dri bas dalam keadaan keletihan. Seterusnya kami disuruh berkumpul lalu diambil kehadiran masing2. Akhirnya kami dibenarkan untuk pulang ke rumah masing. Aku pun pulang ke rumah ku dalam perasaan gembira dan letih. Sampai sahaja di rumah aku pun pergi kebilik lalu tidur untuk menghilangkan keletihan. Pada malam hari aku pun meneritakan peristiwa lawatan aku ke Tenom.

No comments:

Post a Comment

Pspm Result 9 DISEMBER, 2017 ·          Hari ini merupakan hari aku kembali ke Kolej Matrikulaski Labuan selepas 2 minggu lebih ber...