MY SAD STORY
8 Disember,2017
Aku merasa gembira bercampur sedih kerana keesokan harinya aku akan kembali menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan bagi semester 2. Perasan gembira tersebut hadir disebabkan apabila aku kembali ke kolej tersebut, aku akan bertemu semula rakan seperjuangan yg aku baru & telah kenal di kolej tersebut pada semester 1. Perasaan sedih tersebut hadir disebabkan aku akan berpisah semula dengan keluarga seperti mana yg berlaku pada bulan june dimana hari tersebut aku menjejak kaki ke KML dan berpisah dgn keluarga.
Pada malam sebelum aku bertolak ke labuan, aku membelek-belek peralatan yg akan aku bawa ke kolej tersebut. Apabila aku memeriksa dompet duit ku, aku mendapati bahawa SIM kad yg aku guna selalu telah hilang. Aku merasa gelisah kerana SIM tersebut aku menggunakannya untuk urusan peribadi, urusan pejabat dan urusan sekolah. SIM tersebut juga aku gunakan untuk apps Whatsapp yg mana terdapat banyak group yg penting. Tanpa SIM tersebut juga aku tdk dapat bermain game yg aku minati iaitu game DOTA 2.
Itulah pengalaman sedih yg aku boleh ceritakan iaitu tdk dapat bermain computer games yg aku minati. Disebabkan kejadian tersebut, aku terpaksa berpuasa untuk bermain game selama seminggu lebih dan tdk mendapat maklumat-maklumat yg penting yg dikongsi oleh rakan-rakan dan pensyarah di group whatsapp. Au merasa seperti dalam dunia kegelapan dimana aku tdk tahu menahu apa yg di kongsikan oleh pensyarah di kolej tersebut. Aku jgk merasa bosan kerana tdk dapat mengisi masa yg terluang dgn kawan2 untuk bermain game.
17 Disember,2017
Hari ini aku outing untuk membeli barang peralatan peribadi dan pembelajaran. Aku merasa ragu-ragu untuk outing kerana pensyarah SC Comp sir Amri (bukan nama sebenar) mengatakan aku akan di blok outing kerana tdk memakai kad matrik semasa hari persekolahan. Tetapi aku memberanikan diri ku untuk outing jgk. Aku ditemani kawan- kawan ku iaitu Agus & Etus (bkn nama sebenar).
Selepas berjaya untuk outing, aku mencari center dimana SIM card aku boleh di buat. Setelah penat mencari akhirnya aku berjaya jumpa pusat tersebut lalu pergi berurusan di pusat tersebut. Alhamdulillah setelah beberapa minit aku akhirnya SIM card aku berjaya di buat. Selepas itu aku berjaya jugak mulakan hidupku seperti sebelum ini.


